Beza antara Woven Damask, Woven Satin dan Woven Taffeta

Dalam industri pembuatan tag label untuk pakaian, terdapat pelbagai jenis tag label yang digunakan oleh pengeluar atau pemilik jenama produk untuk memperkenalkan jenama mereka kepada umum. Antaranya adalah seperti tag label jenis printed (print pada ribbon, cotton dll) , rubber, metal tag, acrylic tag, leather, iron on label dan banyak lagi.




Antara jenis tag label yang popular dan banyak digunakan secara meluas dalam pasaran adalah seperti jenis WOVEN atau label tenun. Untuk pengetahuan, label jenis WOVEN atau tag label tenun ini ada 3 jenis kualiti iaitu:
  1. Damask
  2. Satin
  3. Taffeta

Damask Quality

  • Texture tag label tenun atau woven damask ini lebih lembut kerana dibuat daripada campuran benang cotton dan polyester.
  • Boleh dibuat dalam pelbagai size dan bentuk dengan menggunakan mesin khas.
  • Warna latar (background color) untuk damask ini boleh terdapat banyak pilihan warna.


Sebahagian warna benang yang digunakan dalam pembuatan woven label damask


Satin Quality

  • Texture woven satin lebih keras kerana material satin yang lebih tebal.
  • Size ribbon satin adalah terhad dan tidak banyak pilihan size (lebar)
  • Warna latar (background color) juga terhad kerana ada 2 jenis warna ribbon satin sahaja iaitu warna putih dan hitam.




Contoh woven label jenis Satin

 

 

Taffeta

  • Texture woven taffeta lebih nipis dan ringan.
  • Lebih lembut berbanding damask dan satin.
  • Biasanya dibuat sebagai lencana sekolah.



 

Beza antara Woven Damask, Woven Satin dan Woven Taffeta Beza antara Woven Damask, Woven Satin dan Woven Taffeta Reviewed by aptcemara on December 17, 2018 Rating: 5

No comments

Recent Posts