Tag Label Pakaian Jenama Sendiri


Kepada usahawan, tukang jahit, tailor, pemilik bisnes atau anda yang sedang menjalankan perniagaan berkaitan pakaian, seperti membuat baju, seluar, tudung, baju, shawl, jubah, jaket, blazer, topi, scarf, gaun, langsir, sarung bantal, dan semua yang berkaitan dengan pakaian.

Kini anda boleh membuat tempahan tag label pakaian untuk semua produk keluaran anda dengan jenama anda sendiri dengan pada yang murah dan berpatutan di pasaran Malaysia. Anda boleh design sendiri logo atau jenama yang ingin dicetak pada label tersebut dan serahkan kepada kami untuk menghasilkan tag label jenama anda yang diinginkan. Kami membuat dan membekalkan pelbagai jenis tag label pakaian dalam kuantiti yang sedikit, atau banyakvbergantung kepada permintaan anda.

Dengan meletakkan tag label nama brand atau tag pada produk keluaran anda, sudah tentu produk keluaran anda seperti tudung, scarf, baju, seluar akan lebih dikenali dan sentiasa diingati serta lebih meyakinkan pelanggan anda dan yang lebih penting menjadikan produk keluaran anda mempunyai nilai eksklusif di mata pelanggan.




Kenapa anda perlu letak jenama sendiri?

1) Penjenamaan (Branding) 

Pengenalan pembuat atau pereka cipta sesuatu produk adalah penting sebagai salah satu tarikan kepada pelanggan, secara tidak langsung dapat membina tapak perniagaan yang kukuh dan dikenali ramai di mata umum. Nama produk juga penting untuk meningkatkan pengiktirafan terhadap sesuatu produk yang dihasilkan.

2) Medium Pengiklanan 


Dengan adanya logo jenama atau brand anda sendiri yang dicetak pada produk anda, secara tidak langsung dapat membantu memperkenalkan serta menaikkan nama brand anda di dalam pasaran. Ianya adalah satu strategi pemasaran produk paling berkesan dengan adanya tag label dengan jenama anda sendiri. Lihat saja jenama-jenama terkenal disekeliling anda yang telah lama bertapak dalam pasaran.

3) Nilai Eksklusif


Sesuatu produk yang dihasilkan akan menjadi lebih bernilai dan berharga dengan adanya tag label dengan jenama sendiri pada produk tersebut. Secara tidak langsung dapat meyakinkan bakal pelanggan anda untuk membeli produk keluaran anda dengan lebih mudah.




Isikan nama dan email anda untuk info produk & harga terkini tag label pakaian. Info akan di hantar terus ke email anda.

Nota: kalau tak dapat email confirmation, sila check folder spam.


Name
Email
Email Marketing by TrafficWave.net



Untuk info segera mengenai tag label pakaian ini, boleh terus klik di bawah.


Printed Label (Satin)
Label jenis printed. Cetakan dibuat pada material fabrik satin ribbon dengan menggunakan teknik heat press. Cetakan dibuat pada satu permukaan sahaja di bahagaian depan.Warna yang dihasilkan mungkin sedikit berbeza dengan warna yang dilihat pada paparan komputer atau handphone disebabkan perbezaan kecerahan pada alat-alat tersebut dan juga disebabkan peralatan cetakan yang terhad warnanya. 
Kain Satin merupakan sejenis fabrik yang mempunyai permukaan berkilat dan licin dibahagian depan manakala bagahian belakangnya pula kebanyakan agak kasar. Namun begitu, ada juga fabrik satin ini yang mempunyai permukaan yang licin dn berkilat dikedua-dua bahagian.


Woven Label (Sulam). Damask or Satin
Label jenis sulam atau label tenun atau kadang-kadang disebut sebagai woven label ini banyak digunakan sebagai label atau tanda nama pada pakaian kerana strukturnya yang lembut dan fabriknya adalah daripada sejenis cotton yang disulam dengan teknik tertentu untuk menghasilkan hasil sulaman yang terbaik. Banyak jenama terkenal yang membuat tag label daripada fabrik jenis damask ini. Namun begitu, ada juga label sulam dibuat pada kain satin. Di sini ada dua jenis material yang boleh dibuat tag label iaitu woven damask atau woven satin. Kedua-dua jenis label ini mempunyai kualiti yang berbeza kerana menggunakan fabrik daripda jenis yang berlainan.


Tag Label Acrylic (Plastic) 


Metal Tag (Label besi alloy)

Diperbuat daripada material seperti Zinc Alloy, Iron atau Brass yang tidak berkarat. Berkualiti tinggi. Teknik pembuatan yang kemas . Embossed, Debossed, Die-cast, Die-struck, Stamped, Injection. Lapisan luar dikilatkan dan disalut secara electroplating dengan pelbagai pilihan warna seperti gold, silver, copper, nickel dan lain-lain. Proses pembuatan yang teliti untuk hasil yag berkualiti.


Hang tag / Price tag


Plastic Bag


Isikan nama dan email anda untuk info produk & harga terkini tag label pakaian. Info akan di hantar terus ke email anda.




Name
Email
Email Marketing by TrafficWave.net





Tag Label Pakaian Jenama Sendiri Tag Label Pakaian Jenama Sendiri Reviewed by labelmini on March 17, 2017 Rating: 5

6 comments

  1. Berapa harga tag yg printed label satin? TQ.

    ReplyDelete
  2. 60sen/pcs...
    info detail, sila wasap http://labelmini.wasap.my atau ke https://www.facebook.com/labelmini/

    ReplyDelete
  3. Hi..assalamua'laikum..nk buat tag baju 100 pieces ambik masa berapa lme ye?blh whatspp x..0183217580..tq

    ReplyDelete
  4. As salam.. Nk tnya klau 100pcs tag woven satin berapa rm then klau plastic bag medium saiz white colour, font n bentuk logo warna hitam cuma kat logo ade sikit kegunaan warna lain.. Berapa RM utk 100 pcs?

    ReplyDelete

Recent Posts